Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengeluarkan notis amaran kepada dua penganjur bazar Ramadan di Kepala Batas, Pulau Pinang dalam operasi pemantauan petang Selasa.<br />Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor notis berkenaan dikeluarkan selepas mereka gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
